Monday, April 06, 2009

PEMASARAN AFFILIATE

Bagaimana Menarik Wang Yang Banyak Menerusi BLOG Affiliate?
Terjemahan dari artikel: TIPS ON HOW TO MAKE MONEY FROM BLOGGING.

Anda pernah dengar; amda juga perlu tahu sedikit tentang itu. Tetapi, anda tentu masih kehairanan tentang bagaimana seseorang membuat duit melalui blog? Ramai orang telah berjaya melalkukannya, dan anda juga ingin tahu dan bagaimana hendak meniru kejayaan itu? Anda boleh mencapai tahap pendapatan yang tidak pernah anda mimpikan. Artikel ini akan menjelaskan beberapa perkara yang penting untuk dilakukan bagi mendapat KEUNTUNGAN melalui "blogging" atau menulis blog.

ASASNYA: Tulis blog yang "simple".Pada asasnya kandungan penulisan hendaklah berkisar kepada tajuk tertentu; mencari kata kunci atau "keywords" yang tinggi "ranking" nya untuk laman web anda. Ramai orang menghadapi kesukaran apabila mengalami masalah kekurangan bahan untuk menulis blog. Akan tetapi, anda tidak perlu tergopoh-gapah untuk berfikir tentang perkara-perkara baru. Malah teruskan dengan mencari idea tentang perkara yang telah ditulis. Apa yang perlu difikirkan ialah mencari pecahan tajuk yang kecil tetapi masih "related" dengan tajuk utama atau "main topic".

Terdapat suatu perkara yang menghalang ramai orang daripada mengecapi kejayaan serta mendapat keuntungan ialah KEDEGILAN. Ini dapat dilihat dimana kebanyakan "blogger" atau penulis blog tidak mahu mendengar nasihat dan panduan daripada pakar-pakar yang banyak pengetahuan dan pengalaman tentang menghasilkan wang daripada blog. Penulis-penulis baru, kebanyakannya melakukan kesilapan sendiri dan hasilnya ialah "zero". Ikutlah nasihat-nasihat dan pengetahuan yang diberikan oleh pakar-pakar blog yang sudah berjaya dan noleh dibuat perbandingan.

Disini saya perturunkan beberaoa tip yang perlu dilakukan untuk mencapai kejayaan dalam perniagaan "affiliate":

1."Niche blogging" - cari "niche" yang membuahkan keuntungan iaitu kata kunci yang berupaya menarik minat pelawat. Elakkan menulis sesuatu secara umum.

2.Kata kunci yang meyakinkan atau boleh menghasilkan sesuatu pulangan yang baik. Carilah dengan berhati-hati kata kunci yang mendatangkan keuntungan melalui penulisan blog yang akan membantu "search engine" menemui laman web anda dan mewujudkan banyak traffic yang bermakna.

3.Belajar tentang "cost per action" (CPA).Dengan meletakkan "link" CPA di blog anda, anda akan dibayar setiap "click" pelanggan. Cara ini adalah seperti meletakkan borang yang memerlukan nama dan alamat e-mail pelawat.Ini adalah lebih mudah daripada anda menjual produk affiliate.

4. Adsense adalah suatu rahsia yang perlu dipelajari untuk mendapatkan hasil. Keuntungan diperolehi daripada Adsense.

Anda tentu melihat orang lain memperolehi pendapatan tambahan yang melebihi pendapatan sebenar.
Anda tahu, ada orang telah berjaya melakukannya. Kenapa tidak anda?

Saturday, January 24, 2009

AFFILIATE PROGRAM

KENAPA perlunya menyertai program affiliate?

Sebelum itu, tahukah apa yang dikatakan program affiliate?
program affiliateadalah satu program dimana pengusaha sesebuah laman web menawarkan perkongsian keuntungan kepada sesiapa sahaja yang ingin mendaftar menjadi agen kepada produknya. Pendek kata, sesiapa yang sudi untuk menjadi salesman kepada produknya. Dengan memberikan tawaran sebegini, pengusaha tersebut akan memberikan komisyen terhadap agen affiliate yang berjaya melakukan jualan terhadap produknya.



Dengan membina program affiliateini sebenarnya akan memberikan satu keuntungan yang besar kepada pengusaha laman web kerana sesiapa sahaja boleh menjadi agen affiliate dan mempromosikan laman web dan produk - produknya! Jualan meningkat, laman web menjadi terkenal!

Program affiliatejuga memberi satu peluang perniagaan kepada sesiapa sahaja untuk mendapat pendapatan sampingan tanpa mengeluarkan sebarang modal.



Marie 2 weeks free v2