Wednesday, February 01, 2012

KUASA SIGNATURE FORUM - SUATU KAJIAN

kuasasignatureforum.com

Ini merupakan catatan yang saya ambil dari Kuasa Signature Forum hasil tulisan Zulhilmi Zainudin- H/p: 017-369 3180


Dalam dunia perniagaan, baik perniagaan online mahupun perniagaan secara offline, teknik pemasaran merupakan aspek utama yang akan memacu kejayaan perniagaan anda.


Walaupun anda memiliki produk yang secanggih mana pun, jika tidak dipasarkan secara efektif akan tetap mendatangkan kerugian kerana kurangnya pembelian. Ya, bukannya disebabkan tiada orang yang mahukan produk anda, tetapi strategi pemasaran anda yang kurang efektif menyebabkan segolongan kecil sahaja yang mengetahui kewujudan produk anda.


Ada beberapa sebab kenapa kempen pemasaran anda tidak menjadi, dan antara penyebabnya adalah seperti berikut :


1.Menggunakan strategi pemasaran yang 'lapuk'
2.Berharap agar produk tersebut mampu 'menjual dirinya sendiri' kerana ia merupakan produk yang canggih
3.Kurang kredibiliti dan tidak tahu cara membina kredibiliti
4.Promosi ditempat dan hari yang salah
5.Tiada usaha dan kesungguhan.

Video Panduan eBay
Tutorial video cara pantas menjana wang besar di portal eBay!

Sekarang mungkin anda tahu, mengapa kempen pemasaran anda menjadi tidak efektif. Apapun, jangan mula menyalahkan diri sendiri kerana ianya bukan 100% kesilapan anda. Anda mungkin kurang didedahkan dengan teknik pemasaran yang betul. Baiklah, mari kita perbetulkan apa yang silap.


Melalui pengalaman yang saya lalui sebagai seorang newbie dalam bidang perniagaan online. Saya dapati sifat yang perlu dibuang jauh-jauh ialah sifat malas berusaha & bertindak. Ini salah satu sebab anda akan kecundang lebih awal berbanding rakan-rakan anda yang bermula sama dengan anda.


Memang seorang yang baru bermula dalam perniagaan online ini, anda tidak mempunyai pelbagai jenis senjata & teknik promosi yang setanding dengan mereka yang telah lama berkecimpung dalam perniagaan online.



TETAPI, anda perlu tahu, pelbagai teknik & promosi yang boleh anda target, supaya berjaya melakukan promosi & seterusnya menjana pendapatan di internet. Antaranya melalui laman sosial Facebook, Twitter, Blog, Forum & Pemasaran Email. Saya yakin anda tidak mampu untuk melakukan semua teknik pemasaran dalam satu-satu masa. Banyak keluhan-keluhan daripada newbie menarik minat saya untuk membantu & menghasilkan panduan untuk mereka terus berjaya dalam bidang perniagaan online ini.


Saya tertarik untuk menghasilkan ebook ''Kuasa Signature Forum'' adalah disebabkan oleh ramai newbie yang tidak berjaya walaupun telah mencuba kesemua medium pemasaran seperti di atas. Sebenarnya ada ruang untuk anda mempromosikan sesuatu produk dengan berhasil, sekiranya anda FOKUS dalam satu-satu medium pemasaran itu dulu.


Ini adalah ruangan iklan:
Saya nak DETOX FOOT PAD dari HAZMANFADZIL.COM dan dalam entry tu nanti, link `kan blog beliau: hazmanfadzil.com

Anda perlu cuba & aplikasikan teknik pemasaran satu-persatu terlebih dahulu, sebelum beralih kepada medium pemasaran yang lain. Ini untuk mengelakkan anda hilang fokus & akhirnya menyebabkan kerugian pada diri anda sendiri.


Sebenarnya ada banyak lagi cara menjual di internet selain forum, tetapi kenapa forum menjadi keutamaan saya? Forum merupakan salah satu platform laman sosial terbaik sebelum kita mengenali Facebook.


Walaupun Facebook menjadi kegilaan remaja pada masa kini, forum masih mendapat perhatian segenap lapisan. Selain Blog & Facebook medium pemasaran seperti forum merupakan penjana trafik yang sedia ada. Kita tidak perlu memasarkan produk untuk menarik trafik ke Blog & Fan page di Facebook. Saya tahu segelintir daripada anda MALAS untuk menarik trafik ke Blog & Facebook.


Sekiranya anda mempunyai Blog, trafik adalah sangat penting untuk memastikan produk yang anda letakkan di bahagian halaman blog dapat dilihat oleh pengunjung. Selain itu anda perlu memikirkan idea-idea untuk menghasilkan artikel setiap hari ataupun tiga kali seminggu untuk di-update ke blog anda. Perkara ini BUKAN MUDAH sekiranya anda masih baru dalam bidang perniagaan internet.


Begitu juga dengan Facebook, anda perlu berusaha menarik trafik ke Fan Page atau ruangan group anda dengan meyediakan tips-tips & nasihat-nasihat yang berguna kepada mereka yang berminat dengan perniagaan anda. Anda perlu konsisten dengan memberikan pelbagai tips serta nasihat sebelum anda melakukan promosi jualan kepada mereka.


Theme of the Month - AgentPress

Saya dapati ramai dikalangan newbie atau orang baru dalam perniagaan internet berhenti di pertengahan jalan disebabkan oleh ketandusan idea dan tips perniagaan untuk diberikan kepada mereka yang menyertai Fan Page atau ruangan kumpulan perniagaan.


Dalam komuniti forum anda TIDAK PERLU BERSUSAH PAYAH untuk menarik trafik, memikirkan tips-tips untuk diberikan, membina kumpulan sendiri & sebagainya kepada ahli forum. Apa yang perlu anda lakukan ialah dengan melakukan post atau komen pada setiap thread yang dibincangkan & anda dan hanya memerlukan masa antara 10-15 minit sahaja untuk melakukan tugas tersebut. Selepas itu biarkan ianya bergerak secara sendirinya oleh komen ahli forum yang lain.


Sumber Pendapatan$$$

Imej screen-shot di atas adalah sebahagian sahaja contoh beberapa senarai tempahan yang saya terima di email saya. Lepaslah untuk membayar bil air, bil elektrik, bil internet, minyak motor & sebagainya :)

LinkShare_125x125ButtonV1

Saya hanya letakkan banner promosi & melakukan post atau komen secara kerap. Anda bayangkan pendapatan yang saya perolehi pada setiap bulan. Ramai yang memandang remeh soal meletakkan pengiklanan produk anda dalam ruangan signature. Tetapi itu adalah hakikat sebenar apa yang saya perolehi.


PERINGATAN: Anda akan dapat lebih daripada itu sekiranya produk anda berkualiti tinggi & mendapatan sambutan ramai!

Selain daripada memberikan anda sumber pendapatan melalui pemasaran signature di forum. Sambil-sambil bersosial, anda boleh melalakukan aktiviti 'secara tidak langsung' untuk mengumpul senarai email melalui ruangan signature anda. Strategi ini ada ditunjukkan dalam kandungan ebook "Kuasa Signature Forum".


Saya dapati ramai di kalangan newbie yang merasakan susah untuk mengumpul senarai email walaupun sudah ada Sistem Autoresponder, Halaman Borang Opt-in & Produk Percuma yang hendak diberikan. Apa gunanya anda membayar langganan yang mahal untuk memiliki Sistem Autoresponder setiap bulan sekiranya anda GAGAL untuk mengumpul senarai email.



Dengan hanya melakukan post & komen di setiap thread dengan kerap, anda mampu menghasilkan senarai emel yang banyak seperti yang saya hasilkan seperti gambarajah di atas. Jumlah senarai emel dihasilkan bergantung kepada sejauh mana keaktifan anda di suatu-suatu forum .