Monday, May 05, 2008

CERITA AFFILIATE LAGI

PROGRAM PERNIAGAAN AFFILIATE



Apakah yang dikatakan “affiliate program”?Anda mungkin pernah mendengar program ini yang meliputi pelbagai kaedah mencari wang di talian (online) internet melalui “affiliate program”?. Namun begitu, anda sering tertanya-tanya, adakah benar anda mungkin akan memperolehi pendapatan dengan “affiliate program”?
Terdapat ramai juga yang berpandangan dan mengatakan “affiliate program” adalah berbentuk skim atau program cepat kaya, malah ada yang menganggap bahawa “affiliate program”adalah sama seperti skim pelaburan atau Multi level marketing (MLM) dan paling kronik lagi mengatakan “affiliate program”adalah satu skim internet haram.


Pendapat-pendapat dan pandangan negatif diatas adalah sama sekali tidak benar dan perlu diperjelaskan agar ianya tidak dipandang serong oleh masyarakat. Pemasar internet yang matang dan telah bertahun-tahun lamanya memasarkan produk afffiliate pasti tahu bahawa perniagaan internet pada hari ini telah mejangkaui dan telah berevolusi dengan pantas.Dunia hari ini telah memasuki era teknologi yang canggih dan berkembang luas di seluruh dunia. Perubahan-perubahan dalam dunia perniagaan telah menjadikan talian internet sebagai suatu media untuk memasarkan hasil pengeluaran kilang dan perkhidmatan. Sehubungan dengan itu, kita perlu mengkaji dan melihat perspektif affiliate yang sebenar.

“Affiliate program”adalah satu kaedah pemasaran yang digunakan oleh syarikat pengeluar produk atau perkhidmatan untuk memasarkan produk dengan memberi yuran komisen dari setiap jualan.

Boleh dikatakan juga, pemasaran Affiliate adalah satu strategi pemasaran online dimana syarikat tertentu akan membayar anda beberapa peratus keuntungan jualan dari setiap pelanggan online yang mereka perolehi dari link affiliate yang disediakan.
Ianya juga boleh dikatakan satu program perdagangan elektronik pada pemilik laman web (untuk cth, sebuah laman web mengenai keusahawanan) yang akan menghantar pelawat ke laman web jualan (seperti laman web pengiklanan) untuk membeli mana-mana pakej pengiklanan atau perkhidmatan yang ditawarkan. Entiti perniagaan itu akan berkongsi keuntungan dari setiap jualan dengan pemilik web yang memperkenalkan tawaran milik entiti perniagaan terbabit.

“Affiliate program”juga adalah satu program pembangunan pemasaran yang dilakukan oleh pihak ketiga atau syarikat itu sendiri. Ia memberi satu ruang untuk pemilik web atau usahawan bebas mempromosi produk atau perkhidmatan tertentu. Sebagai pertukaran, Syarikat atau entiti perniagaan terbabit akan menyediakan wang komisen pada setiap jualan. Affiliate yang terbaik kebanyakkannya akan memberi anda komisen apabila mereka memperolehi sebarang jualan dari pakej dan tawaran promosi yang diberikan.
Ramai yang tertanya-tanya adakah benar atau tidak pemasaran affiliate mampu memberikan mereka satu ruang baru untuk menambah pendapatan. Mari kita lihat dengan lebih dalam sedikit, apakah ciri-ciri perniagaan affiliate yang mampu memberikan anda sebarang pendapatan yang berpanjangan?benar atau tidak ia mampu mengubah cara hidup anda dengan mempromosi produk syarikat affiliate?

Pelbagai persoalan mungkin timbul sekarang, tetapi adakah anda tahu bahawa, sebelum anda memilih untuk memulakan atau mempromosi perniagaan affiliate anda harus memilih apakah produk affiliate yang anda promosi, tinggi atau tidak peluang untuk perniagaan anda berkembang, dan bagaimana struktur perniagaan dari segi komisen dan bagaimana anda boleh meyakini perniagaan ini mampu untuk bertahan lama dan yang paling penting adakah mereka membayar affiliate mereka komisen yang dijanjikan.
Program affiliatehari ini telah banyak berubah dari 5-10 tahun dahulu. Trend terbaru ini telah memberikan ramai pemasar internet satu pilihan terbaru untuk masih kekal dengan sistem affiliate lama atau tren affiliate yang baru. Disini disediakan beberapa tips sebelum anda memilih Program Affiliate.


Sambung bacaKLIK SINI

MALE AESTHETIC: STRETCHING THE PENIS THROUGH TRACTION
DID YOU KNOW THERE ARE DIFFERENCES IN SIZE BY COUNTRY? ANDROPENIS® CAN MAKE THEM EVEN
MALE AESTHETIC: STRETCHING THE PENIS THROUGH TRACTION
NOT SATISFIED WITH THE SIZE? THE USE OF ANDROPENIS® MAKES A REAL DIFFERENCE
ANDROMEDICAL IN THE MEDIA
NON-SURGICAL PENILE ENLARGEMENT SCIENTIFIC ANSWER TO A HISTORICAL DEMAND
IMPROVED SEXUAL RELATIONS NON SURGICAL PENIS ENLARGEMENT

No comments:

Post a Comment

You can write anything here!