Monday, May 05, 2008

CIRI-CIRI AFFILIATE YANG TERBAIK

1- Program affiliate yang diusahakan oleh syarikat berdaftar (Suruhajaya Syarikat Malaysia- “SSM” jika diMalaysia)
Program affiliate yang baik adalah program pemasaran (affiliate) yang diuruskan oleh sebuah syarikat berdaftar. Adakah anda tahu, kebanyakkan affiliate dahulunya dilakukan oleh individu, dan ia memungkinkan adanya penipuan dan tiada bantuan khusus kerana ia sekadar “one man show”. Bayangkan ianya dilakukan oleh individu tertentu, bagaimana bantuan yang anda harapkan? dan sudah tentu anda boleh bayangkan yang beliau tidak begitu serius untuk menjalankan perniagaan. Mungkin juga beliau hanya akan berada dipasaran sebentar selepas itu tidak lagi menjalankan perniagaan tersebut.

Bagaimana dengan pendapatan anda? apakah yang anda boleh harapkan darinya? bagaimana anda boleh perolehi perniagaan yang baik jika asyik berubah-ubah? jadi nasihat saya, mungkin dahulunya anda tidak kisah dengan affiliate program yang dijalankan oleh individu, tetapi hari ini perniagaan affiliate telah mencapai satu tahap dimana ia bukan hanya dilakukan mengikut musim, tetapi affiliate kini telah menjadi satu perniagaan sepanjang hayat malah ada affiliate hari ini boleh diwariskan kepada anak-anak pada masa hadapan.



2- Produk yang memberi nilai tambah pada pelanggan


Produk yang mampu memberi kebaikan kepada anda dan pengguna lain adalah satu produk perniagaan affiliate yang hebat. Mungkin anda rasa produk yang anda promosi hari ini cukup popular, tetapi tiada manfaat kepada pengguna lain, jadi kenapa mempromosi sedangkan anda tahu produk ini punyai jumlah masa hidup yang terhad (short life). Bagi saya, jangan lepaskan peluang pada produk yang tidak begitu popular hari ini, tetapi pada masa akan datang ia mampu memberikan anda sejumlah pulangan. Informasi adalah satu perkara yang penting, jika anda dapati adanya satu perniagaan yang baik tetapi masih belum popular itu lah peluang anda untuk berniaga. Seperti perniagaan konvesional, jika anda tahu sesuatu perkara itu lebih awal dari orang lain, perniagaan baru ini bakal menjanjikan keuntungan lumayan, jadi rebut peluang yang ada, mungkin anda tidak nampak hari ini popularitinya, tetapi jika produk itu amat berguna lekas-lekas dapatkan platform untuk mempromosi perniagaan affiliate tersebut.



3- Produk yang diyakini mampu untuk bersaing dan berkembang

Bagaimana anda boleh katakan produk ini mampu berkembang? Kerap kali saya dengari keluh kesah “affiliate marketer Malaysia” yang acap kali hanya memasarkan produk affiliate seperti e-book dan tips-tips murahan yang tidak seberapa. Adakah anda tahu, e-book adalah satu contoh produk yang punyai jangka hayat yang bersifat sementara? Lihatlah dengan koleksi e-book yang pelbagai di pasaran dan pemilik e-book itu sendiri kerap kali bertukar-tukar e-book yang sama. Malah ada diantaranya isi ebook itu amat lemah dan umum mengetahuinya dan ada produk tertentu lebih teruk ianya adalah himpunan koleksi atau tulisan semula dari idea asal penulis berbahasa inggeris dari luar negara. Jadi ini akan menyebabkan motivasi anda sebagai pemasar affiliate rebah dan hilangnya reputasi kerana anda kerap kali bertukar-tukar produk mempromosi.
Pendapat saya, produk affiliate yang terbaik untuk anda promosi adalah satu produk yang punyai nilai dan berbentuk perkhidmatan. jadi carilah satu produk perniagaan yang berguna dan berbentuk perkhidmatan, kerana setiap perniagaan itu tidak kiralah virtual atau konvesional pokoknya adalah belian ulangan (repeat sales). Jika anda dapati pernigaan itu mampu untuk membuatkan pelanggan anda membelinya sekali lagi, itulah yang membuatkan pernigaan anda terjamin untuk selamanya.


4- Mempunyai produk produksi tersendiri (Inhouse productions)


Ciri keempat produk atau program affiliate yang terbaik adalah satu produk yang dihasilkan oleh syarikat dan dikuasai oleh syarikat terbabit. Ianya terletak pada keunikan dan bentuk perkhidmatan itu sendiri. Sebagai contoh, affiliate program dari topup prepaid dan SMS. memanglah secara asasnya produk prepaid amat tinggi permintaanya. Tetapi berapa jumlah komisen yang diberi? bukan mengikut jumlah komisen dari seberapa ramai yang anda jual, tetapi anda harus tahu ianya berkait rapat dengan pembekal ketiga selain dari syarikat pengganjur.

Masalah ini amat jelas, kerana perniagaan topup prepaid atau perniagaan SMS ini dikuasai oleh syarikat telco (telekomunikasi) dan syarikat yang menjalankan perniaggaan ini hanyalah pihak ketiga. Jadi amat sukar untuk kebanyakkan affiliate marketer untuk mempromosi produk tersebut kerana komisen yang rendah dan perlukan komitmen yang lain dan berisiko tinggi kebarangkalian untuk anda gagal. Tidak kira sebesar mana jualan anda, produk telekomunikasi seperti topup prepaid dan bisnes SMS hanya akan mengguntungkan syarikat telco semata-mata. Nasihat saya, elakkan mempromosi perniagaan topup prepaid dan sms kerana anda akan berulangkali mengulangi kesilapan dahulu.


5- Ciri perniagaan yang mampu untuk berkembang


Adakah hari ini anda telah menjumpai satu perniagaan internet yang sebenar? ramai diantara manusia-manusia yang mengatakan mereka adalah usahawan internet. Tetapi apakah yang mereka jual? Kebanyakkan mereka apabila saya katakan apakah perniagaan internet anda? mereka dengan slumber mengatakan saya punyai satu blog dan menjadi penerbit kepada “THE BIG G”. Saya hanya katakan wow! hebat, dan terus menukar topik lain.

Kesilapan disini adalah ramai yang mengatakan mereka menjalankan perniagaan internet, tetapi apa yang mereka lakukan bukanlah perniagaan internet. Sekali lagi saya katakan GOOGLE ADSENSE bukanlah satu perniagaan. Anda tidak melakukan apa-apa… memang ramai yang mengatakan mereka perolehi pendapatan 20K-30K sebulan dengan adsense, tetapi apakah benar? jika mereka punyai lebih dari 1 juta unique visitor setiap hari kemungkinan ada, tapi boleh dibilang dengan jari laman-laman web adsense seperti itu.
Anda boleh meletakkan banner adsense didalam blog atau web anda, tetapi jangan lah beranggapan Adsense itu perniagaan anda. Dengan polisi Adsense yang sentiasa berubah-ubah akan membuat anda hilang punca apabila anda tidak lagi dapat menggunakan Adsense. Carilah satu perniagaan berbentuk CPA (cost per Action). Promosi produk affiliate berdasarkan CPA, kerana ia jauh lebih baik dari adsense kerana ramai yang sudah bias dengan Adsense. Jika anda meletakkan Adsense sebagai sumber utama pendapatan internet anda ini bermakna anda sebenarnya masih jauh ketinggalan.

MALE AESTHETIC: STRETCHING THE PENIS THROUGH TRACTION
DID YOU KNOW THERE ARE DIFFERENCES IN SIZE BY COUNTRY? ANDROPENIS® CAN MAKE THEM EVEN
MALE AESTHETIC: STRETCHING THE PENIS THROUGH TRACTION
NOT SATISFIED WITH THE SIZE? THE USE OF ANDROPENIS® MAKES A REAL DIFFERENCE
ANDROMEDICAL IN THE MEDIA
NON-SURGICAL PENILE ENLARGEMENT SCIENTIFIC ANSWER TO A HISTORICAL DEMAND
IMPROVED SEXUAL RELATIONS NON SURGICAL PENIS ENLARGEMENT

No comments:

Post a Comment

You can write anything here!